Apparently news has it that one of Malaysia’s well-known comedian blew his top yesterday, broke into someone’s house and started breaking stuff in rage. Rumour has it that his temper was sparked off with regards to an issue concerning his girlfriend. It was not mentioned who the comedian is but he is said to be in his late 30s.
Read on the news below taken from Harian Metro :-
KUALA LUMPUR: Seorang pelawak popular sanggup bertindak di luar batasan apabila menceroboh sebuah rumah sebelum mengamuk dengan memecah barang berharga di dalamnya di Sungai Pelik, Sepang, dipercayai berhubung teman wanitanya.
Pelawak berusia lewat 30-an itu dikatakan ditemani hampir 30 lelaki mulanya mahu mencari tuan rumah itu tetapi berang apabila mendapati lelaki terbabit tiada di rumah kira-kira jam 11 malam, baru-baru ini.
Difahamkan, pelawak berkenaan pernah berkawan rapat dengan seorang gadis yang berasal dari kampung itu.
Sumber polis berkata, dalam tempoh perkenalan itu, pelawak terbabit dikatakan pernah merakam beberapa keping gambar bersama wanita itu.
“Dipercayai, lelaki itu mengganggu wanita terbabit hingga menyebabkan pelawak terkenal itu naik angin. Bagaimanapun, pelawak itu hampa kerana lelaki terbabit tiada di rumah ketika datang bersama kumpulannya,” katanya.
Kata sumber itu, pelawak terbabit kemudian memasuki rumah mangsa dan merosakkan pelbagai barang berharga.
Tindakan kurang wajar itu menarik perhatian beberapa penduduk kampung yang terkejut dengan bunyi bising berikutan perbuatan kumpulan lelaki terbabit.
Mereka kemudian datang ke rumah mangsa tetapi pelawak terbabit bersama kumpulannya sudah beredar dengan menaiki beberapa kenderaan.
Penduduk kampung yang tidak berpuas hati segera membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelik berhubung tindakan pelawak terbabit bersama kumpulannya menceroboh rumah itu serta membuat kacau di kampung berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahidi Ayob, yang dihubungi Harian Metro, semalam enggan mengulas berikutan beliau masih belum menerima laporan penuh mengenai kejadian terbabit.
Menurutnya, jika benar kes terbabit berlaku seperti yang didakwa, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang.
* * * * * * *
Now, who do you suppose it is? Several people have threw in guesses that it is Mazlan Pet Pet of the Senario comedian group. Others have said it could be Apek yang mengamuk.
Not so funny anymore when you see the dark side of the funny people. Who do you think it could be?