• Blog
  • About Me
  • COWAY by Liyana Aznil
  • Miswak Toothbrush
  • Party Fluff
    • E-mail
    • Facebook
    • Instagram
    • Twitter

Doodles of My Mind

by liyana aznil

Memo kepada semua staff

October 29, 2007 by TwiggyLiyana 1 Comment

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2007, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari Sabtu dan Ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit.Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2007 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2007 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ‘staff sembelit’.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Yang mengikut perintah,
AHMAD ALBAB

Share this:

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest

You might also enjoy...

Can you raed tihs?
My Doodlers are gone!!
WAAAHAHAHA!!!

Filed Under: Random Ramblings

Previous Post How to scare a tele-marketer
Next Post Nurin’s killer on the prowl!

Comments

  1. Maharajen says

    November 5, 2007 at 6:17 pm

    **** up company….ahahahah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Hello

Hello

Welcome to the place where I pen down random thoughts and ramblings that make up my life's daily spectacle.

Subscribe to Blog

Subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Me: Yang, jom amik gambar
Him: Ok 
#thisislove
😏
FIFTEEN. This is a record for me, I've never had FIFTEEN. 
This is a record for me, I've never had this many chicks before!

The eldest hatched on the 17th of February and the youngest hatched on the 2nd of March. All the rest in betweens. 
We placed them with their foster moms yesterday night and they seem happy and content with their mamas this morning 😄
Here's Papa, with his handful youngest grandkid 😄

Needless to say, we had a fantastic weekend ❤

May this week bring all good things with blessings from Allah swt.
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpuk Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;

KELUHURAN PERLEMBAGAAN;

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

To this I hold true.
One for the memories. His very first exam and he One for the memories. 
His very first exam and he scored highest in class for Science and Math! 
Definitely caught all of us by surprise, we would've been thrilled if he just passed 😂

Alhamdulillah... Well done my Pomelo. Mommy is proud of you regardless, this is just the cherry on top ❤
My chicks' temporary home, until we place them wit My chicks' temporary home, until we place them with their mama hens. 
We've expended it to become a duplex (I cut a door in between the two boxes) and they're having so much fun hopping through from one box to another. 
Pomelo even made them a little playhouse at the side 😂
Our abang² bomba are the best! They're making th Our abang² bomba are the best! 
They're making their neighbourhood rounds to ensure that all fire hydrants are in perfect working order!! Thank you @bombattdi 😁
Eggs collected from my chickens over the past week Eggs collected from my chickens over the past week!
.
.
.
#organiceggs #thefarmlife #thekampunglife
We lost our beloved Lulu yesterday morning to a pr We lost our beloved Lulu yesterday morning to a predator.

She was Chemps' little fluff of joy.

This will be the last of our rabbits. I don't think our hearts can take losing anymore bunnies. Chemps especially... Thank you Lulu, for being the sweetest most adorable little rabbit we could ask for. We will miss watching you sprint across the garden, eat your favourite treats out of our hand and you teasing and playing around with the chickens. "I love you, Lulu" - Alisha.
Load More… Follow @liyanaaznil
This error message is only visible to WordPress admins

Error: The account for liyanaaznil needs to be reconnected.
Due to recent Instagram platform changes this Instagram account needs to be reconnected in order to continue updating. Reconnect on plugin Settings page

COPYRIGHT © 2019. Emma Theme by Lovely Confetti · DMCA.com Protection Status