Omigosh, did you all hear??

Apparently Ida Nerina fell in her apartment and broke her back! Seems quite serious as she needed an immediate backbone surgery and faces the possibility of being paralyzed. My prayers goes out to her…

News from Berita Harian below :

Ida Nerina patah tulang belakang jatuh di kediaman
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Ida Nerina terjatuh di kediamannya, sebuah kondominium di Persiaran Syed Putra di sini, kelmarin, mengakibatkan tulang belakangnya patah.

Difahamkan, kejadian yang turut mengakibatkan kedua-dua kakinya berkemungkinan lumpuh itu berlaku sejurus selepas pelakon yang juga tenaga pengajar program realiti Akademi Fantasia bagi musim ketujuh (AF7) itu pulang daripada menjalani lakonan teater di ibu kota.

Ida atau nama sebenarnya Ida Nerina Hussain kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Usaha untuk menghubungi Ida atau ahli keluarga termasuk suaminya, Shahrin Razali yang juga bekas pemain drum kumpulan Blackrose untuk mendapatkan penjelasan lanjut, malam tadi, gagal.

Rakan Ida yang turut terbabit sebagai tenaga pengajar AF7, Fatimah Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian itu daripada suami pelakon itu.

“Sebaik menerima berita mengatakan kejadian yang menimpa Ida, saya terus mendapatkan penjelasan daripada suaminya dan dia mengesahkan kemalangan itu semalam (kelmarin).

“Saya juga dimaklumkan Ida berada dalam keadaan stabil serta sedang berehat selepas menjalani pembedahan tulang belakang di PPUM, petang semalam,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku, Fatimah enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, sumber berkata, kedua-dua kaki Ida masih belum dapat digerakkan dan kini sedang mendapat rawatan di wad Ortopedik PPUM.

3 Comments on Ida Nerina Broke Back

  1. Oooh, bahaya ya…
    Kena awas, jatuh padah juga…
    I sangat takut naik-turun tangga.
    Pernah jatuh 4 kali dah, serik..
    Biar lambat asalkan selamat.
    Do drop by my blog, tks!

  2. ohhh pity her! hish.. hope she'll recover soon!

    btw, i x pernah jumpa ida selama nih but kitorg ala2 ada pertalian sket laa… she's my 2nd cousin gitu! me & my cousin (our moms are sisters), and ida & my cousin (their dads are brothers)… heh paham ke? but well.. risau nyaaa kan!! part tulang belakang nih la yg menakutkan!!

    hope she'll recover soon… *amen*

Leave a Reply