Taken from the Web

Kisah Norman Hakim Abby Abadi: Tilam Toto, Selimut, Tuala Basah Bahan Bukti.


Memey pegang keris. Sekadar lakonan on set.
Picture courtesy of Budiey.

Tilam toto, selimut dan tuala lembab dipercayai baru digunakan antara bahan yang ditemui sepasukan pegawai penguatkuasa JAIS. Sewaktu membuat serbuan dipejabat pelakon Norman Hakim 30 Oktober lalu.

Tiga bahan itu dikatakan ditemui di belakang sebuah kerusi di samping pasangannya di aras 1 pejabat pelakon itu. Semua peralatan ditemui itu akan dijadikan bahan bukti jika kes khalawat Norman Hakim & pasanganya Suhaiza Suhaimi atau Memey dibicarakan di mahkamah.

Sementara itu seorang pegawai penguatkuasa JAIS Daerah Gombak yang menyertai serbuan ke pejabat Norman itu berkata,

“Serbuan ke pejabat pelakon itu, dilakukan atas maklumat seorang rakan baik bapa Norman sendiri. Rakan bapa pelakon itu telah menghubungi kami pada kira-kira jam 2 pagi memaklumkan bahawa Norman telah memasuki pejabatnya dan disyaki pasangannya ada bersama.”

Ketika pasukan penguatkuasa JAIS tiba, katanya keadaan pejabat itu gelap dan mereka mendapati dua kereta dipercayai milik pasangan itu ada di hadapan pejabat. Setelah melihat kereta Proton Tiara dipercayai milik Norman dan Proton Persona dipercayai milik Memey, kami mengesyaki pasangan itu berada di dalam pejabat

Difahamkan Mohammad Sophee menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada memey yang memaklumkan serbuan pegawai penguatkuasa JAIS ke pejabat Norman pagi itu.

Sebaik memasuki aras satu pejabat Norman, anggota penguatkuasa JAIS mendapati Memey dalam keadaan terpinga-pinga. Memey ketika itu bertocang mengenakan baju serta berkot hitam katanya.

Ketika itulah penguatkuasa JAIS mendapati ada sebuah tilam toto belakang sebuah kerusi dan apabila tilam toto itu dibuka didapati ada kain selimut dan tuala lembab dalam keadaan berselerak dipercayai baru digunakan.

“Kami terus mencari Norman di aras satu tetapi beliau tidak ditemui sehinggalah kami menaiki tangga ke aras dua. Setelah puas mencari akhirnya kami menemui Norman menyorok di dalam sebuah bilik stor dan sebaik pintu stor dibuka Norman terus terjatuh,” katanya.

Menurut Pegawai Penguatkuasa itu Norman ketika itu hanya memakai kemeja T putih dan berseluar “BOXER” (seluar lelaki). Sewaktu disoal siasat, Norman dengan wajah terpinga-pinga menjelaskan dia tinggal di aras dua sedangkan Memey di aras satu, “Kami tinggal berasingan”.

Bagaimanapun selepas disoal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri yang sah, kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 3.30 pagi.

8 Comments on Norman and Memey : What JAIS found

Leave a Reply