You would think that after getting caught with a 20 year-old, he’d know better and shut his yap. Dah salah tu, salah je lah.

Read below on more updates with regards to Norman Hakim and Abby Abadi’s real life drama.

NORMAN HAKIM tidak mampu membendung rasa sedih dan kesal sehingga menitiskan air matanya di hadapan wartawan ketika ditemu bual kelmarin.

*pfft* he’s an actor, would you fall for these crocodile tears?

SEPERTI yang dilaporkan media semalam, rumah tangga pasangan artis popular, Norman Hakim dan Abby Abadi berhadapan dengan kemelut berpanjangan. Selepas Norman ditangkap khalwat dengan pelakon muda, Memey Suhaiza pada 30 Oktober lalu, isterinya, Abby pula memfailkan tuntutan perceraian.

NORMAN mengajak isterinya, abby untuk berbincang cara baik.

Lebih dramatik, Abby ‘menyerang’ Norman di lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.

Media yang berkesempatan melihat episod sedih dalam rumah tangga pasangan itu menjadi saksi bagaimana air mata seorang lelaki bernama Norman Hakim akhirnya jatuh kerana kesal, sedih dan pelbagai lagi perasaan lain.

Begitu juga dengan Abby yang tidak mampu membendung rasa marah dan kecewa .

Berikut kami siarkan foto yang dirakamkan jurugambar Utusan Malaysia, AHMAD ZAKKI JILAN di lokasi penggambaran yang menyaksikan Abby ‘menyerang’ suaminya.

Norman dan Abby berjalan beriringan selepas berbincang dari hati ke hati

And theeennn… after the heated discussion they had, dia dengan senang hatinya gave the comments below to reporters.

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.

Biarpun tidak mengesahkan yang dia mempunyai hubungan serius dengan aktres berusia 20 tahun itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berkata, sebagai umat Islam, dia akur dengan ketentuan qada dan qadar.

”Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.

”Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,” katanya ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia, SAHARUDIN MUSTHAFA di sini hari ini.

Norman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya dia dan Memey sudah merancang untuk berkahwin.

Bagaimanapun, rancangan tersebut dikatakan terpaksa ditunda berikutan dia dan Memey ditangkap berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor pada 30 Oktober lalu.

Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.

”Ada ‘wilayah’ dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.

”Bila saya fikirkan masalah yang sedang saya hadapi ketika ini, adalah lebih baik saya berterus-terang berhubung perasaan yang sedang saya alami ketika ini,” jelas Norman yang berkali-kali menyatakan harapannya agar Abby memahami kedudukannya ketika ini.

Menurut Norman, dia tidak mampu untuk menghalang Abby meluahkan emosinya seperti yang berlaku di lokasi penggambaran Gerak Khas semalam.

”Saya mahu mencari penyelesaian terbaik dalam hal rumah tangga saya dengan Abby. Saya cuba memahami keadaannya ketika ini.

”Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.

”Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,” ujar Norman lagi.

Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan ‘penyelamat’ kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.

”Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey p**a hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya.

”Saya perlu mempertahankan Memey kerana dia juga ada keluarga yang terpaksa melalui episod ini.

”Seperti yang saya kata, ada banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, saya harap Abby benar-benar memahami keadaan saya ketika ini. Saya tahu saya dan dia (Abby) masih ada masa depan demi anak-anak kami,” kata Norman yang berhasrat untuk merujuk kepada pihak yang arif yang boleh menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Pada masa sama, Norman berkata, dia akan memohon petunjuk daripada Allah dengan solat sunat istikarah.

Sape rasa dia nak bagi penumbuk kat Norman Hakim, sila angkat tangan.

20 Comments on Norman Hakim, just shut up!!

  1. patutnya abby ajak norman balik rumah dulu…maniskan muka cam xde ape2..pastu,bagi makan best2(jgn lupa masukkan ubat tido) pastu,hehehe apalagi,masa dia dia tido tu,’bobbit’ le apa yg patut kan…confirm lee dia x leh cari pompuan lain kan….tu je cara nak ajar org cam NO..manneRs MAN ni…

  2. I truly agree with what Ophie R. Riff has said, “He has issues and needs to straightened it out with a shrink. Then later, straightened it out with his wifey, (not run away).” But thing is, kesian Abby, to endure this dalam pantang lagi.Would she be receptive to this and accept him for the 2nd time? She’s gotta be very strong to overcome this hurdle……haiz…

  3. I cannot believe he had the gall to say something like this.Saying he loves his wife and then he’d accept having another woman as his second wife (in the same sentence!)..What an asshole.. Like I said in my blog, I’d give him a few good bashes in the head if I’d known him.Lelaki zaman skrg ni, dah ada bini yg baik, jaga rumahtangga elok2, gatal cari lain. Tak tau berterima kasih lgsg. Pastu nak eksyen <>pasrah<> konon. Piiiirahhhh!!!

  4. Bila dicakap marah but then again its proven over and over again. Msian muslim bila in this kind of situation, mulut tak habis2 sebut; sebagai orang islam, qada dan qadar, ketentuan, jodoh and wht-nots. Tiba2 macam terer sgt ugama. Be a man and mengaku, “saya tak salahkan sesiap tapi diri sendiri. memang k***k saya gatal, nak buat camne”. kan ke senang macam tu? taklah sakit hati sgt si abby tu. Kan Twiggy kan?

  5. i ponnnnnn nak tumbuk NH gak!geraaaaaaaaaaaam!!!emo neh.i sedey taching sumela tgk melodi time abby cakap tu,dia calm je,tak burukkan NH yg poyos ni then statement abby kata “igt bagi bab lagi akan oke,then dia kata nak mengalah demi kebahagiaan NH tu’huwaaa..sedey gile.dah jadik wifey ni lagila rase perasaan wife kan u?

  6. penumbuk?! people like this lar yg jadi calon utk disimbah acid. such a bas3rd this man. kesian giler kat abby! nak cerai pun tak boleh because of that idiot. i hope she’ll be able to file the divorce. pity the children as well, having that type of father.

  7. ohhh i nak kasi penumbuk skali boleyy?? senang jer point to qada dan qadar.. sendiri cari nasib! pastu, si memey (yuck la the name!) lak tatau malu ke kacau laki org?? hellooo.. u’re 20 okehh! takleh gi menggatai ngan lelaki lain ke??in this case, nak tanak.. i think i wud agree with the penceraian.. woopss!! im sure abby leh handle her kids alone.. ada laki pun, sebok ngan pompuan lain.. buat ape?? huhuhu.. *emo2*peace!! just my thots.. 😉

  8. Sounds like Norman is having a emotional turmoil. I think he belongs to the type of men that can share LOOVEEEE and lots of it. And Abby was so unlucky to be married to this type of men. But they seem to be such a lovely couple. Their love stories is the most vivid an open to the media. Much as I hate to see the situation of finding your hubby being caught ‘khalwat’ with another younger women, I do empathize towards this guy! He have issues and needs to straightened it out with a shrink. Then later, straightened it out with his wifey, (not run away). Then think whether to get married or not(as though marrying another is the solution to all problems). He needs to get his priority straight.If he wanted to get married, he should have made plans to inform people including his wife…not try test cuber dulu…then kene tangkap.I guess he is the type of man that does not plan. (Is Norman an aquarius or an aries)???

  9. i actually never pay attention to local celebs hu ha.. but this one i just cannot say nothing to (maybe should blog stalk this entry)..“wilayah” dalam hati what?? ape tu? mamat ni kalau jiran aku.. dah lama makan penampor.. heheh!!

Leave a Reply