Norman tak mahu berpisah
From Utusan

KUALA LUMPUR 3 Nov. – ”Kalau boleh saya tidak hendak perkara ini (cerai) berlaku kerana saya tidak mahu anak-anak menjadi mangsa kejahilan kami berdua.”

Demikian kata aktor Norman Hakim mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Norman menitiskan air mata di hadapan wartawan sewaktu meluahkan perasaannya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama berkenaan di Wangsa Maju di sini hari ini.

Beliau yang kelihatan tenang menerima ‘kunjungan’ isterinya, Abby Abadi serta sekumpulan wakil media memberitahu, masih berharap konflik peribadi yang sedang dihadapinya akan berakhir dengan baik.

Pada masa yang sama, pelakon itu memohon ruang untuk menyelesaikan dua masalah peribadi yang sedang dihadapinya ketika ini.

Kedua-dua isu yang dimaksudkan Norman ialah kes khalwat dia dengan pelakon baru Memey Suhaiza pada 30 Oktober lalu sementara isu kedua pula ialah keretakan rumah tangga dia dengan Abby.

Norman yang juga seorang ahli perniagaan berkata, dia terlalu kesal dan sedih seandainya perkahwinannya dan Abby berakhir dengan perpisahan.

”Saya sedar dan kesal dengan apa yang berlaku. Apakah saya tidak serik dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini (bercerai)?” tegas Norman sambil merenung Abby yang sesekali mencelah dan turut melontarkan soalan dalam nada penuh emosi.

Menurut Norman, sebagai ketua keluarga, dia juga sedih kerana dituduh tidak bertanggungjawab sedangkan keluarga sentiasa menjadi keutamaannya.

”Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki bagi diri, isteri dan anak-anak. Sayang sekali, semua ini berlaku dan saya hanya mampu berusaha untuk memulihkan keadaan dan reda dengan apa yang berlaku.

”Setiap hari saya berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai hubungannya dengan Memey Suhaiza pula, Norman sekali lagi menegaskan, dia dan Memey sekadar teman profesional.

”Kalau Memey bukan artis, saya pasti perkara ini tidak menjadi spekulasi. Saya mengaku memberitahu Memey jangan beri sebarang kenyataan media kerana takut bercanggah.

”Saya benar-benar merasa terhina, apa lagi ketika orang lain beranggapan kami sedang bersandiwara.

”Saya tidak berniat untuk ‘menegakkan benang yang basah’, sebaliknya cuba untuk ‘menarik rambut dalam tepung’,” jelasnya.

Kata Norman, Memey merupakan seorang artis baru yang terlalu naif mengenai selok-belok industri hiburan.

”Saya tak nafikan dalam hal sekarang, saya cuba pertahankan Memey. Dia pun ada mak ayah. Malu keluarga dia nanti,” ujarnya.

Ketika Norman menjelaskan status hubungannya dengan Memey, Abby yang berada di sebelah dalam nada suara bergetar, meminta suaminya bercakap benar kepada media.

Berikut adalah petikan pertikaman lidah antara Norman dan Abby sebelum mereka berdua membawa diri masing-masing meninggalkan lokasi penggambaran itu:

Abby: ”Kenapa abang (panggilan buat Norman) asyik macam ini sekali? Abang asyik cerita Memey itu, Memey ini.”

Norman: ”Saya cerita dari sudut kemanusiaan.”

Abby: ”Habis saya? Saya isteri abang tau.”

Norman: ”Dia ada mak bapa.”

Abby: ”Habis, saya tak ada mak bapak.”

Norman: ”Selama ini pun saya jumpa mak dan ayah tentang masalah ini.”

Abby: ”Tipu! Sudahlah selama ini susah sangat nak bawa berbincang. Asyik perempuan, perempuan, perempuan…”

(Ketika ini seorang wartawan menenangkan Abby)

Abby: ”Tak nak. Saya susah nak jumpa dia. Dia dah tak nampak saya dalam hati dia. Asyik nak bercakap pasal perempuan itu saja.”


Si Norman tuh ingat dia sape, dah buat perangai camni dia ingat bini dia nak stay ngan dia lagi?

3 Comments on Excerpts from Abby and Norman’s heated argument

  1. mau jek aku pukul dua2 org ni..d guy mmg gle pompuan and d gurl plak x malu nk rapat ngn suami org..ish!! so geram la with the gurl.x sedar diri.. x lawa pon n on top of that, abby is even a zillion times prettier than her!! apa la yg nk d cari kt pompuan tu..p/s: take a good example of vanida n shidee.. forever blissfully married.. love them both!!

Leave a Reply