It’s been quite awhile since our local celebrity scene has had any juicy news. I don’t consider Mawi’s upcoming nuptials as anything worth mentioning. It’s so… *bluergh*. Anyway, here’s something that caught my eye courtesy of the moon.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sebelum ini ramai perasan dengan perubahan mendadak wajah artis jelita ini. Namun disebabkan dia terkenal dan sopan santun, tak ramai teman media yang sampai hati menjaja ceritanya ke sana sini.

Kalaupun ada, sekadar berbisik sesama sendiri sambil membezakan rupa dulu dan sekarang. Adalah juga yang lantang bertanya tuan punya badan, tapi jawapan ‘standard’ diterima. Kononnya perubahan itu tiada kena mengena dengan botoks atau pembedahan plastik, tetapi dek kerana teknik solekan .

Dalam berdolak-dalih, CAK dengar artis ini bertemu pakar kosmetik di sebuah hospital swasta terkemuka di ibu kota.

Kiranya doktor itu memang popular hingga menjadi rebutan VVIP serta artis terkenal. Maklumlah hasil kerjanya cantik dan memuaskan hati.

CAK ada senarai artis yang mendapat sentuhan kreatif ini, tapi biarlah ia terus menjadi rahsia. Nanti ada pula yang panas punggung dan menyumpah CAK. Tak kuasa!

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini seorang teman yang menggunakan khidmat doktor itu untuk menyedut lemaknya bertembung dengan artis ini.

Mungkin takut dirinya dikenali, artis ini menyembunyikan wajahnya di sebalik kaca mata hitam dan selendang. Jalan pun laju macam lipas kudung. Biasalah tu!

Apa lagi, becoklah mulut teman CAK bertanya jururawat yang menguruskan rawatannya. Dalam nada serba salah, jururawat itu mengaku artis berkenaan melakukan rawatan kosmetik, tapi dia tidak dibenarkan bercerita lebih lanjut kerana perlu dirahsiakan.

Puas juga teman rakan CAK memujuk jururawat itu supaya membuka mulut, tapi tidak berjaya. Jururawat itu bimbang dibuang kerja andai rahsia itu terbongkar.

Namun daripada pengamatan teman itu, artis berkenaan nampak lebih langsing dan semakin cantik .

Mungkinkah artis ini turut menyedut lemak sepertinya?Al-maklumlah, orang zaman sekarang mengutamakan penampilan. Kalau boleh mahu sentiasa nampak cantik dan bergetah. Tambahan pula bila bergelar isteri golongan ternama. Tak gitu?

Nama yang merujuk sebagai artikel ini adalah sebagai cadangan sahaja dan tidak semestinya tepat. Peminat di’harap bijak untuk menilai dan membuat pertimbangan sendiri.

3 Comments on Siti Nurhaliza Sedut Lemak Dengan Doktor Pakar?

Leave a Reply