I read the headlines this morning, but didn’t bother to read more in detail.

Regardless, here are the most recent snippits from online media.

Dakwaan liwat Anwar bertujuan alih perhatian rakyat – Wan Azizah
29/06/2008 3:29pm
SHAH ALAM 29 Jun – Laporan polis yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya dibuat bertujuan mengalihkan perhatian rakyat berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. – Utusan

myMetro » Mutakhir
PM terkejut laporan kes liwat babitkan Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, terkejut dengan laporan polis yang dibuat seorang pembantu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa dia diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu di sebuah rumah di Bukit Damansara, Khamis lalu.
Perdana Menteri berkata: “Saya terkejut…saya terkejut.”
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat laporan itu dan menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap laporan berkenaan berikutan individu terbabit mempunyai hak untuk berbuat demikian.
“Benda itu sudah berlaku dan orang yang berkenaan yang terbabit sudah buat laporan.
“Kita nak buat apa lagi, dia ada hak membuat laporan, kita tidak boleh tegah dia daripada buat laporan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya di sini, hari ini.

Beri ruang kepada polis siasat dakwaan terhadap Anwar
29/06/2008 5:10pm
KUALA LUMPUR 29 Jun – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, apa yang penting kini ialah siasatan terperinci dijalankan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut boleh diambil.

Beliau turut memberi amaran kepada masyarakat dan pihak media agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau yang bersifat andaian mengenai kes tersebut.- Utuan

* * * * * * *

What do you make out of this new shocking (right..) news? Hmm… perhaps he’s being framed (yet again?).. and you’d think people would get creative and come up with a different angle… sheesh

5 Comments on Anwar in sodomy case allegation.. again

Leave a Reply