When I was in primary school, there was a group of seniors (a year older) whom I always thought had interesting names. They were a pretty, smart, athletic and popular bunch so you’d be quite anti-social if you didn’t know their names. Teachers thought highly of them and I guess a lot of others wished they could fit in with them. Wan Elma, Elinor Suhara, Wan Puspa Melati, Yang Azliyang and a few others which has somehow slipped my mind at the moment. I’ve always thought they had awesome names and made a mental note that when I have children, they should have impactful and beautiful names as well. I’ve always believed that if you have a great name, it somehow shapes the person you become. Don’t ask me to explain further k.. heheh..

Anyway, yesterday I received an email about a famous radio DJ, Kieran of Era FM, who recently got married and what a surprise it was to me when I saw the name of his pretty bride. It was Yang Azliyang! I’m pretty sure it’s the same person as you don’t often find a name as unique as that. Even though I’m 100% sure that Yang would not have any recollection of who I am, I couldn’t help but feel so happy for her!

So, congratulations Yang, may you and Kiran live happily ever after with trains of beautiful children!

Below are pictures and news of their wedding.











Kieran Kahwin Pendengar Setia Era!

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2008: Selepas 2 minggu diijabkabulkan iaitu pada 15 Mei lalu, penyampai radio Era FM, Mas Kiran Jakiran, 33, atau Kieran, selamat menjadi suami kepada pendengar setia radio, Yang Azliyang Mohd Yunus, 26, yang bertugas sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat korporat.

Pernikahan yang dirahsiakan ini hanya diketahui selepas pihak media menerima jemputan untuk majlis yang membatalkan air sembahyang yang diadakan petang tadi.

Tepat jam 3 petang, rombongan pihak lelaki tiba di rumah pengantin perempuan yang terletak di Taman Saujana Puchong.

Petang tadi, Kieran segak berbaju Melayu datang ditemani ibunya dengan membawa 3 dulang hantaran yang terdiri daripada mas kahwin berjumlah RM80, cincin dan gelang tangan.
Pihak perempuan kemudian membalas dengan 5 dulang manakala wang hantaran pula berjumlah RM10,000.

Terdahulu, mereka sudah bertukar-tukar hantaran iaitu 13 dulang berbalas 15 dulang yang diserahkan pada hari pertunangan mereka pada 6 Januari lepas. Selepas 6 bulan berbincang, Kieran dan Yang begitu gembira untuk disatukan sesudah mula berkenalan melalui e-mel.

“Sebenarnya kami saling mengenali melalui e-mel. Ketika itu, Yang menghantar e-melnya melalui laman web Era FM. Kebetulan pula saya suka membalas e-mel. Selepas berkenalan, saya yang lebih banyak tanya soalan padanya. Asal mana, siapa nama dan sudah berpunya belum. Dari situlah saya dapat tahu dia pendengar dan peminat saya.

“Semuanya datang dari saya, bukan Yang. Saya sendiri yang approached Yang. Tak ada orang lain yang rekomen. Saya menyukai Yang disebabkan semua ciri wanita idaman saya ada pada dia. Paling utama, dia bertudung. Itulah syarat utama isteri saya,” jelas Kieran yang sering tergelak sepanjang majlis itu

Tak berniat merahsiakan perkahwinan

Sementara itu, Kieran akui dia tidak pernah berniat untuk merahsiakan pernikahannya itu daripada pihak media.

“Majlis nikah dan sanding diadakan berasingan disebabkan ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Lagi pun, saya terlalu sibuk dan ini pun baru semalam saya ambil cuti.

“Tentang berbulan madu pula, ia masih belum difikirkan memandangkan selepas ini saya sibuk dengan acara bola sepak yang memerlukan saya membuat liputan secara terus menerus. Mungkin habis Euro kami pergi bulan madu.

“Destinasi bulan madu pula, ramai kawan cadangkan Bali,” katanya.

Petang tadi, Yang yang cantik sempat memberikan komen jujur mengenai suaminya itu.

“Saya terima Kieran atas sebab Kieran orang biasa. Bukannya sebab dia selebriti atau pun orang popular. Saya tertarik pada suaranya dan juga hidungnya yang mancung! Malah, saya turut menyukai cara Kieran menjaga hati selain suka mengambil berat. Kieran juga seorang yang caring,” jelas Yang dengan wajah berseri-seri.

Kieran masih lagi bersama Era FM

Ketika ini sudah terdengar desas-desus yang mengatakan Kieran akan menamatkan tugasnya di Stesen Radio No 1 negara itu. Bagaimanapun, Kieran yang dilontar mengenai soalan ini masih belum memberikan jawapan konkrit.

“Saya dah agak soalan ini mesti terkeluar juga. Untuk pengetahuan semua, saya masih lagi belum menerima sebarang surat bertulis mengenai tawaran ke stesen radio lain. Apa yang boleh saya cakap, kontrak saya dengan Era masih ada dan hanya tamat pada Oktober ini.

“Pun begitu, saya tak nafikan Hot FM dan stesen radio lain ada tawarkan tempat pada saya. Semuanya terpulang kepada rezeki. Kita tengoklah macam mana nanti,” katanya.

5 Comments on Kiran Jakiran & Yang Azliyang

  1. wow… I am honoured that you have mentioned our names in your blog (myself (elma) and elinor). We happen to stumble upon your blog after deciding to google our names after one not so sunny day.n Lo and behold, we found our names connected and in your blog. 🙂 We didnt know we were “miss popular” back then but we just remember having the best times in school with sports etc.. At least we did not just vanish into thin air after leaving school :). I am glad you think we have unique names.. your blog kinda brightened our day!Thanx! 😉

  2. wow… I am honoured that you have mentioned our names in your blog (myself (elma) and elinor). We happen to stumble upon your blog after deciding to google our names after one not so sunny day.n Lo and behold, we found our names connected and in your blog. 🙂 We didnt know we were “miss popular” back then but we just remember having the best times in school with sports etc.. At least we did not just vanish into thin air after leaving school :). I am glad you think we have unique names.. your blog kinda brightened our day!Thanx! 😉

  3. lol, me too.. i think it's her that i know back when i was in primary school standard 1 & 2, and then she left the school. From what i've seen on her birth date, she has the same as mine, am so confident it's her. Tried to contact her on facebook but no reply.. anyhow.. am also very familiar with wan elma, elinor suhara.. guess might be her

  4. lol, me too.. i think it's her that i know back when i was in primary school standard 1 & 2, and then she left the school. From what i've seen on her birth date, she has the same as mine, am so confident it's her. Tried to contact her on facebook but no reply.. anyhow.. am also very familiar with wan elma, elinor suhara.. guess might be her

  5. wow.. i used to have a friend named yang azliyang too! we took agama classes after school back in primary. we lost touch. i wonder if she’s the same person as the one you mentioned in ur blog.

Leave a Reply