Check out the latest news on our Mr Mawi. Apparently there are some pathetic dudes out there who’s using his name to fish for girls. Sad lah, i mean, of all the people you want to pretend to be, you choose Mawi?? Haih! Read on how the “imposter” goes about doing it.

News from Metro

‘Usah guna nama saya’
SHAH ALAM: “Jangan gunakan nama saya untuk mengurat wanita atau memperdaya sesiapa demi kepentingan diri sendiri. Ia taktik lapuk.

“Jadilah lelaki bermaruah serta gunakan kelebihan diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara dan tidak menyamar bagi mendapatkan apa yang dihajati,” itu amaran juara Akademi Fantasi ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi (gambar), semalam.

Mawi memberikan amaran itu selepas menyedari ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk memikat wanita sejak sebulan lalu.

Menurut penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu, selain tidak bermaruah, perbuatan berkenaan turut merosakkan imej dirinya kerana mungkin ada pihak menganggap pemanggil itu Mawi sebenar.

“Saya muak dengan perbuatan individu seperti itu kerana mungkin mereka menganggap jika ‘menjual’ nama saya, pasti apa dihajati dapat diperoleh.

“Tolong jangan ambil kesempatan kerana orang sekarang bukannya mudah untuk percaya dengan perkara seperti itu. Saya sendiri pun tidak tergamak menjual nama bagi mendapatkan kekasih atau keperluan lain,” katanya.

Justeru, penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Salihah itu meminta individu yang menjadi mangsa cubaan menipu oleh lelaki tidak bertanggungjawab itu melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

“Saya tidak akan menggunakan nama saya sendiri untuk kepentingan peribadi atau memperdaya orang ramai.

“Saya mahu menjalani hidup bermoral dan bersyukur dengan apa yang dimiliki kini. Saya tidak akan lakukan perkara yang boleh menjejaskan reputasi atau imej diri yang dibina selama ini semata-mata mahu memikat wanita dengan menggunakan taktik lapuk itu,” katanya.

Mawi nyata berang sebaik mengetahui beberapa individu menghubungi Harian Metro memaklumkan seorang lelaki cuba memperdayakan beberapa gadis dengan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Mawi’ selain turut menabur pelbagai janji manis.

Lelaki terbabit dipercayai dari selatan tanah air dan turut menggunakan khidmat seorang lagi rakan wanitanya untuk memerangkap individu yang kononnya bakal menjadi mangsa.

Taktik lelaki itu ialah menghubungi telefon bimbit mangsa secara rambang sebelum meminta untuk bercakap dengan Cikgu Sahak.

Seorang wanita yang hampir menjadi mangsa memberitahu Harian Metro, ‘Mawi’ pada mulanya berlagak kononnya mahu bercakap dengan Cikgu Sahak, namun selepas diberitahu tersalah nombor, lelaki terbabit mula ‘jual minyak’.

“Saya kata saya bukan Cikgu Sahak dan tidak perlu tahu identiti saya, tetapi lelaki terbabit berkeras sebelum memaklumkan dia adalah ‘Mawi’ dan saya bertuah kerana dihubunginya.

“Saya kata tidak perlu jadi penipu kepadanya dan terus meletakkan telefon. Bagaimanapun, lelaki terbabit menghantar SMS dan bertegas mengakui dia ‘Mawi’,” katanya.

Wanita yang enggan identitinya disiarkan itu kemudian dihubungi seorang wanita yang memaklumkan lelaki yang bercakap dengannya sebelum itu ‘Mawi’ sebenar.

Bagaimanapun, panggilan itu kemudian turut diputuskannya sebelum memaklumkan perkara itu kepada suaminya dan membuat keputusan mendedahkan perbuatan lelaki pengecut terbabit bagi mengelakkan wanita lain menjadi mangsa.

* * * * * * *

Well…Mawi for one sure doesn’t have to worry about looking for love, as he already has someone he holds dear to his heart. Not wanting to disclose much about his personal life, he only confirms that he has someone, and that is that.

KUALA LUMPUR: “Memang ada seseorang dalam hati saya. Sebelum ini kami rapat dan mula serius tujuh bulan lalu,” kata penyanyi tersohor, Mawi.

Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 26, berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus hubungannya dengan seorang gadis yang juga rakan seperjuangannya.

Bagaimanapun, hingga ke hari ini Mawi enggan mengulas lanjut identiti teman wanitanya dan lebih senang membiarkan perkara itu terus menjadi tanda tanya.

Mawi berkata, bukan dia sengaja merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan peminat, tetapi pengalaman lalu mengajarnya supaya tidak terlalu terbuka apabila berbicara soal peribadi, lebih-lebih lagi cinta.

Sebelum ini, dia pernah dikecam hebat apabila bersikap jujur. Bagi mengelakkan kisah ini diperbesar-besarkan, kata Mawi, ada baiknya dia mendiamkan diri.

“Bukan tidak mahu berkongsi, tapi belum sampai masanya saya bercerita panjang dengan peminat. Insya-Allah, satu hari nanti akan saya perkenalkan juga kepada semua.

“Sebelum ini saya pernah bersikap jujur dengan berterus-terang, tetapi ada yang salah faham dan melemparkan macam-macam tuduhan. Bila mengelak pula, saya dituduh berbohong.

“Apapun pandangan umum, mohon saya janganlah digembar-gemburkan kisah peribadi saya. Beri saya sedikit ruang untuk menikmati kehidupan normal seperti orang lain. Saya juga manusia biasa yang ada impian untuk berkasih dan berkahwin,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengulas lanjut perkhabaran akan mengikat tali pertunangan seterusnya berkahwin dalam waktu terdekat ini, dalam nada serius Mawi menyangkal.

“Buat masa ini saya belum terfikir menghantar pinangan atau mendirikan rumah tangga. Fokus saya lebih kepada kerjaya, begitu juga dengan dia.

“Dalam memilih pasangan hidup, saya percaya kita tidak boleh tergesa-gesa. Banyak aspek perlu diambil kira, termasuk ekonomi, restu keluarga dan persefahaman antara pasangan.

“Satu yang saya minta, siapapun pilihan saya, diharap peminat merestui dan menerima dengan hati terbuka. Doakan yang terbaik buat saya,” katanya.

Sebelum ini pertunangannya dengan Diana Naim terputus dan Mawi kemudian dikaitkan dengan beberapa artis wanita, termasuk Diana Rafar, Marsha dan Ekin.

Sementara itu, penantian Mawi untuk meneruskan penggambaran Aduh Saliha berakhir apabila filem lakonan pertamanya itu akan disambung Mac depan.

“Baru-baru ini M Nasir minta saya bersedia untuk ke lokasi penggambaran. Lega rasanya bila mengetahui filem ini akan disambung. Bagi saya, alang-alang berlakon, biar selesai,” kata Mawi.

* * * * * *

Well we can be sure it’s not Nurul, LOL. In the picture below, he sure doesn’t look very comfortable with Nurul’s hand draped over his shoulder.

(pic courtesy of the forum)

1 Comment on Mawi atau Sawi?

Leave a Reply