Ever since his handsome pictures were all over the media, words have not stopped flying around with rumours that he is gay…and that Chef Ismail is his ‘boyfriend’!

Tsk tsk…Malays…so typical of their PHD attitude.. what’s PHD you ask? Perasaan Hasad Dengki. Simply cannot just be happy with someone else’s achievements without throwing a bad rumour about that person.

Dr Sheikh introduced his longtime sweetheart to the papers yesterday, finally revealing his girlfriend of 5 years to the public.
What a coincidence that she works in TTDI. Does that mean there’s a chance of me bumping into him in TTDI one of these days? YES!!! wooohooo!!!

Anyway, with the papers announcing that he will be getting engaged next year, this sweeps away all those ridiculous rumours of him being gay…and though it is much of a joy to everyone, I can hear the shattering of hearts of many hopeful single ladies out there..hahahahah

Anyway, read on more about Dr SMS and his lovely lady.

‘Kami dah kenal lima tahun lalu’

Oleh Norliza Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Persahabatan kami terjalin lima tahun lalu, namun ketika itu hanya sebagai kawan biasa. Tanpa disedari ia menjadi akrab dan bertukar mesra sejak dua tahun kebelakangan ini,” akui gadis manis yang berjaya bertakhta di hati Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 35.

Dr Halina Mohd Yunos, 27, berkata dia selesa berkawan dengan Dr Sheikh Muszaphar dan menganggap lelaki hebat itu sebagai seorang yang baik budi pekertinya dan bersifat merendah diri.

Menurutnya, pertemuan pertama mereka berlaku ketika dia baru memulakan pengajian dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala Dr Sheikh Muszaphar mengikuti pengajian perubatan lanjutan.

Perkenalan awal katanya, hanya berkisar mengenai perbincangan pelajaran serta tugasan di makmal dan tidak lebih daripada itu, namun tanpa disedari, lama kelamaan ia membuahkan bibit cinta.

“Malah keluarga kedua-dua belah pihak juga mengetahui hubungan kami sejak awal ia terjalin,” katanya yang seolah-olah bersedia dengan soalan yang bakal diajukan wartawan.

Jika Dr Halina bukan gadis pilihan Dr Sheikh Muszaphar yang baru-baru ini mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat, pasti dia tidak akan membawa wanita itu pada majlis yang dikhaskan untuk meraikan media.

Pasangan itu memeranjatkan hadirin pada Majlis Malam Media anjuran UKM di Hotel Nikko, Jalan Ampang di sini, malam tadi.

Mereka muncul dalam dewan kira-kira jam 10.45 malam dan terus menuju meja utama sebelum bersalaman dengan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin.

Ketika itu, Dr Sheikh Muszaphar berpegangan tangan dengan Dr Halina dan kemudian naik ke pentas apabila jurufoto media meminta untuk merakamkan gambar mereka berdua.

Pakaian sedondon hijau yang digayakan pasangan itu menggambarkan mereka mempunyai cita rasa sama dan sedia berkongsi hidup.

Dr Halina, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan, kini bertugas sebagai pegawai aestetik di Pusat Kecergasan Wanita PrimaNora di Taman Tun Dr Ismail di sini, berkata kali terakhir dia mengunjungi keluarga Dr Sheikh Muszaphar semalam (kelmarin) dan menyifatkan keluarga teman lelakinya berhemah tinggi.

Nada suaranya yang sentiasa ceria memberi gambaran keluarga kedua-dua pihak merestui hubungan murni mereka.

Ditanya sama ada mereka akan menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat, Dr Halina dengan nada suara perlahan berkata, soalan itu perlu diajukan kepada Dr Sheikh Muszaphar sendiri.

Sesuai dengan kerjaya yang disandang, penampilan ringkas Dr Halina dengan baju kurung dilengkapi rantai labuh dan sepasang subang gantung menyerlahkan lagi penampilannya.

Dr Sheikh Muszaphar pula ketika diajukan pertanyaan mengenai hubungan istimewanya begitu berhati-hati menjawab dengan berkata, beliau akan membuat pengumuman rasmi mengenainya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, katanya buat masa kini, dia sibuk memberi tumpuan kepada tugasan terutama dalam menyiapkan hasil penyelidikan ketika di angkasa.

Sekembali dari Amsterdam, Belanda, Selasa lalu, Dr Sheikh Muszhapar dilaporkan memberitahu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis, beliau akan bertunang tahun depan.

Sementara itu, Dr Jamaluddin mengesahkan angkasawan pertama negara itu akan mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita tempatan, tahun depan.

“Saya berjumpa Sheikh Muszaphar semalam (kelmarin), sekembalinya dari Amsterdam dan beliau mengesahkan perkara itu,” katanya pada sidang media mengenai Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan 2007 di sini, semalam.

“Sheikh Muszaphar juga memaklumkan yang beliau sudah mengenali pilihan hatinya itu lebih lima tahun,” katanya yang enggan mengulas tarikh pertunangan itu.

18 Comments on Dr Sheikh Muszaphar Shukor..IS NOT GAY!

  1. aku heran le orang melayu ni???? asal pakai tudung tu mesti baik ke dan semua yang xpakai tudung jahat. hehehe giler. tengok je d tv pompuan yang bertudung buat maksiat d sebalik tudung yang labuh. hahaha kau org memang jelous ngan dr H.

  2. Ok…….i sedara Halina. The real story is:– Halina kenal Muz dulu. Masa tu kawan-kawan dulu. Then dia kawan kejap dgn Dr. Cina tu tp family kurang sukele. After that Lina kawan pulak dengan aircraft engineer tu. Tapi that guy did something that had hurt her feeling. So broke up. Halina dgn aircraft engineer tu tak pernah tunang ok….Sekadar bagi cincin sesama sendiri.(is that considered tunang?). Family Dr. Muz memang sayang giler kat Halina sejak mereka kenal dulu. So bila dia balik Malaysia they decided to carry on with the relationship. Dari dulu memang dah suka tapi baru sekarang declared the relatyionship. Halina da;lam gambar tak fotogenik tapi kat luar sangat cantik.Tak caya? tanya kawan-kawan dia! Dr. Muz bukan gay ok….we all (family) tahu pasal rumours tu dan ketawa bila baca. Dr. Muz seorang yang baik dan soft spoken…….

  3. Hekele, sebelum dia jadi Angkasawan Negara pun, he was almost perfect dah.Tapi gambar2 yang jumpa kat internet tu tarikh somewhere in September 2006.Yeah, she’s actually prettier than those pictures in the newspaper. A lot more fairer.I think it’s the hairstyle, she looked like somewhat 30 years old.

  4. as sum1 who knows halina, i believe you shouldnt say bad things about her because she’s actually a nice gal. probably the media was wrong in putting it that way. i know her and i know whats actually has happened. so, pls dun judge her. whatever it is, she got sheikh!! haha.. ko jeles ke?

  5. hmm..i kenal halina masa kat hukm & hospital selayang. in real life, she’s pretty la compared to those pics in the local newspapers mcm tak fotogenik sgt. mmg halina & sheikh pernah couple sekejap masa kat hukm lepas tu putus. yg pelik tu mcmana diorang bole kata dah bercinta sejak 2 tahun yg lepas sedangkan dlm masa 2 tahun ni halina bercinta dgn sorg Dr chinese kat hosp selayang (satu hospital nampak diorang selalu dating sama2 kat kafe hospital), pastu clash, then couple plak dgn sorang aircraft engineer.siap attend kenduri kawin my friend dia dtg berdua dgn engineer tu bulan 7 haritu(so mcmana pulak dlm masa 2 tahun ni dia mengaku kat paper bercinta dgn sheikh ek???) sekelip mata je dia putus pulak dgn engineer tu & rujuk balik dgn sheikh & masuk paper nak kawin pulak. pelik betul mcmana manusia boleh cepat sgt berubah hati.ke sbb org tu dah jadi angkasawan negara?

  6. believe what you want but in actual fact halina was engaged recently and broke it off. the ex-fiancee is a friend of mine. sorry to say this but the media is actually wrong. just thought i’d clarify things.

Leave a Reply