Why is it so hard to capture this maniac?!?!?!

Here’s the most recent news about an attempted kidnapping at the same area where the late Nurin was abducted. Our police better do something FAST!

From Harian Metro

Van putih ekori anak
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Mimpi ngeri kes penculikan dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, lebih sebulan lalu, hampir berulang apabila suspek jenayah sama sekali lagi muncul dan cuba menculik seorang kanak-kanak lelaki di lokasi sama Nurin dilaporkan ghaib, Ogos lalu.

Suspek, seorang lelaki dikesan cuba melarikan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu selepas berusaha memujuk mangsa mengikutnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, tidak jauh dari tempat Nurin dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, dia terselamat apabila ibunya yang terlihat kelibat lelaki terbabit dari dapur rumahnya menjerit sekuat hati meminta pertolongan menyebabkan suspek bergegas melarikan diri.

Lebih memeranjatkan apabila suspek dikesan melarikan diri dengan menaiki van putih, iaitu kenderaan model sama yang didakwa pernah digunakan untuk menculik Nurin Jazlin pada malam 20 Ogos lalu.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hamidah, 48, berkata pada sekitar jam 9 malam Jumaat lalu, anaknya keluar dari rumah untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di kawasan kejiranan berhampiran.

Dia yang ditemui wartawan Harian Metro pagi semalam berkata, ketika kejadian anaknya, Haziq, 11, ke kawasan rumah teres berhampiran untuk menghadiri jamuan rumah terbuka anjuran seorang ahli perniagaan.

“Ketika itu, saya sempat memesan kepada Haziq supaya membawa pulang sedikit sate. Haziq kemudian pergi berhari raya sebelum pulang ke rumah melalui kawasan meletak kenderaan bersebelahan flet yang kami diami.

“Sewaktu berjalan berseorangan di kawasan itu, sebuah van putih tiba-tiba muncul berhampirannya. Seorang lelaki tiba-tiba keluar dari van itu sebelum menyapa anak saya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang berpakaian gelap menegur Haziq dengan pura-pura bertanya mengenai rumah terbuka di kawasan itu.

“Haziq yang cukup berhati-hati dengan orang tidak dikenali segera menjauhkan diri daripada lelaki terbabit sambil berjalan lebih cepat.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak putus asa dan terus memanggil dan memujuk Haziq mendekatinya sekejap. Haziq tambah takut apabila lelaki itu terus mengekorinya,” kata Hamidah.

Menurutnya, dia yang ketika itu menunggu kepulangan Haziq dengan memerhatikan dari dapur rumah mula menyedari sesuatu tidak kena apabila lelaki terbabit terus cuba mendekati anaknya.

“Berikutan itu, saya menjerit meminta tolong sambil bergegas mendapatkan anak saya yang menangis ketakutan.

“Pada masa sama saya sempat melihat van terbabit meninggalkan kawasan ini tanpa sempat saya melihatnya dari dekat,” katanya.

Hamidah berkata, kejadian itu menyebabkan anak bongsunya daripada tujuh beradik trauma dan lemah semangat.

“Dia yang mempunyai penyakit jantung berasa takut setiap kali melihat van. Saya bersyukur kerana anak saya terselamat, namun bimbang perkara sama berulang kepada kanak-kanak lain,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, sejurus kejadian.

Pada 15 September lalu, seorang lelaki misteri dilaporkan pernah cuba memperdayakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menggunakan taktik mirip ‘lelaki kucing’ ketika mangsa berada di pasar malam di Setapak Jaya.

Kanak-kanak terbabit yang dipujuk untuk membantu mencari kucing yang hilang, bagaimanapun enggan mengikut lelaki itu, sebaliknya terus pulang ke rumah menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Kejadian berlaku dua hari sebelum mayat Nurin Jazlin ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya, selepas hampir sebulan dilaporkan hilang ketika ke pasar malam berhampiran rumahnya.

Terdahulu, pada 27 Jun lalu berhampiran Tadika Perpaduan Islam Masjid Jamek Kampung Baru di sini, seorang kanak-kanak perempuan dibawa seorang lelaki yang menggunakan umpan kononnya meminta bantuan mangsa mencari kucingnya yang hilang dan berjanji memberi aiskrim sebagai upah.

Ketika itu, mangsa menunggu ibunya datang menjemput kira-kira jam 11 pagi.

Kanak-kanak itu diculik seorang lelaki bermotosikal dan dibawa ke sebuah rumah tidak diketahui lokasinya sebelum kemaluannya disumbat terung oleh lelaki terbabit manakala kaki dan tangannya diikat dan dikurung dalam rumah itu.

Mangsa ditemui ibunya dalam keadaan lesu serta tidak bermaya 100 meter dari tadika terbabit selepas lima jam mencari di sekitar Kampung Baru.

Pada 3 Julai lalu, seorang kanak-kanak berusia lima tahun pula menjadi mangsa cabul lelaki yang juga menggunakan alasan sama iaitu mencari kucing.

Kanak-kanak perempuan terbabit dilarikan seorang lelaki berjaket hitam, berbaju putih dan berkaca mata ketika bermain bersama sepupunya sebelum ditinggalkan tidak jauh dari rumahnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, kira-kira jam 3.30 petang.

Mangsa yang pada mulanya diajak mencari kucing hilang, turut dikurung dan diikat dalam sebuah bilik dan dibebaskan selepas dicabul.

* * * * *

From The Star

Nurin’s killer on the prowl in the same area

IS THE abductor and killer of eight-year-old Nurin Jazlin Jasmin about to strike again and looking for his next victim at the same area?

Harian Metro front-paged a story of a man, who was driving a white van following an 11-year-old boy in Section 1, Wangsa Maju, trying to cajole him to get into van on Friday.

The newspaper pointed out that a witness to the Nurin Jazlin abduction on Aug 20 said she was taken into a white van and it seemed to be the same model as that used on Friday.

Nurin Jazlin was also from Wangsa Maju. She was found dead weeks after her abduction when body was discovered in a sports bag.

In Friday’s incident, 11-year-old Hafiz was on his way back home at 9pm after attending a Hari Raya open house when a man in a white van accosted him on the pretext of asking for directions.

Hafiz’s mother, Hamidah, told Harian Metro that when her son ignored the man and tried to hurry away, the man persisted and followed him.

Hamidah who was watching her son from the kitchen window realised something was wrong when she saw her son looking frightened and walking hurriedly towards their house and a man following closely behind.

At that moment, Hamidah said she screamed for help and ran to grab her son who was crying in fear. The man in the van then fled.

She said her son had been traumatised by the incident.

She has filed a police report at the Wangsa Maju police station.

1 Comment on Nurin’s killer on the prowl!

Leave a Reply