From The Star

Cops release photofits
By ANDREW SAGAYAM

KUALA LUMPUR: Police have released the photofits of a man and a woman, said to be locals, in connection with the abduction-cum-brutal murder of eight-year-old Nurin Jazlin Jaziman.

The photofits were produced from descriptions given by the public.

The man is between 35 and 40, 168cm tall, with fair complexion. He went to housing areas in Bangsar inquiring about a room to rent for himself and his daughter.

He approached numerous house owners around the time Nurin went missing.

The woman is in her 20s, 153cm tall, with shoulder-length hair and had worn a red dress when she was seen near a dark-blue Diadora sports bag in which Nurin’s body was found at a shoplot in Petaling Utama on Sept 17. The woman was seen in the afternoon, a day before we found Nurin’s body.

Federal CID director Comm Datuk Christopher Wan Soo Kee said anyone who had seen a person carrying the bag between Sept 16 and 17 in the area to should contact the police immediately.

Police have released the photofits of a man and a woman, said to be locals, in connection with the abduction-cum-brutal murder of eight-year-old Nurin Jazlin Jaziman. The man is between 35 and 40, 168cm tall, with fair complexion. The woman is in her 20s, 153cm tall, with shoulder-length hair.

When asked if a child pornography syndicate was behind the crime, Comm Christopher said that police were investigating all possible angles.

Speaking at a press conference, he said the culprit or culprits could also be responsible for the Kampung Baru molest cases, in which two girls, aged five and six, had been lured by the promise of ice-cream.

The girls were then molested and had brinjals forced into their private parts before being released several hours later.

Comm Christopher also confirmed that the four men detained in Shah Alam in connection with Nurin’s case last Thursday were released at 4pm on Monday.

He refused to reveal why the four, aged between 27 and 35, were released even though their remand order was to end on Oct 4.

“We are still waiting for their DNA test results but released them based on other evidence,” he said.

Comm Christopher said this leaves only the 23-year-old Indonesian woman detained on Saturday at a stall in Nilai still in custody.

“She is being detained at the University Malaya Medical Centre where doctors are trying to retrieve the subscriber identification module (SIM) card that she swallowed when she was taken to court for remand,” he said.

The woman is believed to have sent SMSes to a police hotline number, claiming that Nurin was in her custody days after the girl went missing on Aug 20 following a trip to a night market.

When met at his house, Nurin Jazlin’s father Jazimin Abdul Jalil said he did not recognise the two faces. He also asked whether the police had said if the two people were foreigners or locals.

His wife, Norazian Bistaman, hoped that the police would find the two soon.

Nurin’s badly bruised body was found stuffed in a sports bag in Jalan PJS1/48 in Petaling Jaya on Sept 17.

A post-mortem revealed that she had been sexually assaulted with a cucumber and brinjal.

From Harian Metro
2 wajah buruan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Adakah kedua-duanya boleh membantu polis mengesan dan menangkap pembunuh Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang turut menjadi mangsa penderaan seksual?

Itu menjadi persoalan sekarang selepas empat lelaki yang ditahan Khamis lalu bagi membantu siasatan dibebaskan tanpa syarat, kelmarin.

Seorang lagi suspek wanita Indonesia masih ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana menelan kad SIM yang dipercayai mengandungi maklumat penting bagi menyelesaikan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, semalam, mengedarkan dua lakaran wajah seorang lelaki dan seorang wanita untuk mendapatkan pertolongan umum mengesan mereka.

Katanya, lakaran wajah kedua-dua individu Melayu itu hasil maklumat yang dikumpulkan daripada beberapa saksi sejak mayat Nurin Jazlin ditemui dalam sebuah beg pakaian sukan di Petaling Jaya pada 17 September lalu.

“Pengedaran lakaran wajah itu satu daripada ikhtiar polis menyelesaikan kes bunuh berprofil tinggi itu,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Bukit Aman di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki yang dikehendaki polis terbabit berusia sekitar 35 tahun hingga 40 tahun dengan ketinggian sekitar 168 sentimeter.

“Lelaki itu sebelum ini pernah dilaporkan muncul dan berlegar di Bangsar dan Petaling Jaya untuk mencari rumah sewa untuk dia dan anak perempuannya.

“Kami dapat maklumat daripada orang awam yang mengesyaki sesuatu tidak kena dengan lelaki terbabit,” katanya.

Wan berkata, wanita itu pula dikatakan pernah dilihat muncul sehari sebelum beg pakaian sukan berisi mayat Nurin Jazlin ditemui di hadapan pejabat sebuah syarikat di PJS 1/48 Petaling Utama, Petaling Jaya.

“Wanita dengan rambut paras bahu itu berusia lingkungan 20-an dan mempunyai ketinggian 153 sentimeter,” katanya.

“Dia memakai baju merah sambil membawa beg sukan jenama Diadora pada petang Ahad,” katanya sambil menunjukkan gambar beg berwarna biru itu.

Beliau berharap lelaki dan wanita yang dicari itu dapat membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan Nurin Jazlin.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat perlu menyalurkannya segera kepada pegawai penyiasat atau balai polis berdekatan,” katanya.

Malah, mereka boleh menghubungi Asisten Superintaden Loh Pei Pei di talian 03-79662222.

Ditanya sama ada suspek yang diburu terbabit adalah individu sama yang melakukan kes cabul dua kanak-kanak di Kampung Baru, Jun lalu, Wan berkata, satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes terbabit.

“Kami sedang menyiasat persamaan antara kes cabul di Kampung Baru dan Nurin Jazlin daripada pelbagai sudut,” katanya.

Wan berkata, seorang pegawai forensik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berada di Amerika Syarikat untuk meneliti analisis salinan imej kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi beg berisi mayat Nurin Jazlin di Makmal Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Washington.

“Pegawai yang dihantar ke sana masih menjalankan siasatan. Polis sedaya upaya menggunakan semua sumber yang ada untuk menyelesaikan kes terbabit,” katanya.

Mengenai penahanan wanita warga Indonesia itu, beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek.

Ditanya sama ada kad SIM masih terdapat dalam perut wanita itu, Wan berkata: “Kami percaya ia adalah kad SIM… kad berkenaan belum dikeluarkan lagi.”

Beliau turut menyatakan polis tidak boleh mendedahkan sama ada wanita asing itu suspek utama.

“Apa yang pasti wanita terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah berikutan pasportnya sudah tamat tempoh,” katanya.

Polis menahan wanita itu di sebuah gerai Bazar Ramadan di Nilai, Negeri Sembilan, Jumaat lalu, kerana dipercayai bertanggungjawab mengurung dan memberi makan kepada mangsa.

Wan berkata, polis membebaskan empat lelaki yang ditahan Khamis lalu selepas mendapati mereka tidak terbabit dengan kes pembunuhan Nurin Jazlin.

“Semua suspek itu memberi kerjasama dan bantuan yang baik dalam penyiasatan. Mereka tidak lagi memerlukan penahanan lanjut.

“Mereka dibebaskan tanpa syarat di hadapan Majistret Petaling Jaya, jam 4 petang kelmarin,” katanya.

Leave a Reply