MEMANG panas cerita ini terutama berita yang bertiup daripada puncak sebuah pusat peranginan yang terletak di pinggir ibu kota. Ibaratnya berita panas ini pendek kata boleh memanaskan kedinginan pusat peranginan terkemuka itu lah.

Mulanya kita nak jentik sikit minggu lalu lagi tapi sudah tak sempat pula. Tapi jangan risau sebab kes ini belum pun basi lagi. Bagaimanapun kita tidak terkejut apabila berita ini singgah dekat telinga kita sebab tahu sangat dengan status selebriti yang seorang ini.

Walaupun dilahirkan sebagai seorang lelaki tetapi selebriti nan seorang ini lebih cenderung untuk cair dengan lelaki. Itu memang kita tak terkejut langsung tetapi yang mengejutkan kita kerana sikap berani dia yang melampau-lampau. Lepas satu demi satu kontroversi yang cuba direka mamat seorang ni.

Begini kisahnya, di satu malam yang sunyi ketika semua orang sudah melabuhkan tubuh masing-masing di atas katil yang empuk setelah menyaksikan anugerah berprestij di atas puncak sebuah peranginan, selebriti yang seorang ini pula cuba main filem di tengah-tengah malam.

Kisahnya, ketika di sana selebriti ini ditempatkan sebilik dengan salah seorang teman sekerjanya. Teman dia tu pun tak kisah sebab menurut perintah majikan dan kebetulan teman yang ditempatkan sebilik dengan selebriti ini boleh tahan jambu.

Selebriti ini pun apa lagi, terujalah apabila melihat teman sebiliknya yang kacak bergaya tu. Dengan tidak sabar-sabar dia cuba memasang perangkap untuk menjerat cinta jejaka kacak yang ditempatkan sebilik dengannya.

Pada mulanya selebriti ini hanya buat aksi-aksi manja untuk menggoda temannya itu. Jejaka jambu tu mula-mula tidak kisah sangat mungkin sudah tahu kecenderungan selebriti tu. Dia fikir takkanlah selebriti tu berani lebih-lebih lagi sebab mereka teman sekerja.

Ternyata apa yang difikirkan jejaka jambu itu meleset sama sekali. Daripada menggoda-goda manja, nafsu si selebriti itu terus membuak-buak. Tanpa dapat bertahan lagi, lalu selebriti itu terus mencium jejaka jambu itu dengan rakusnya.

Terkejut dengan tindakan berani si selebriti itu, umpama satu renjatan, jejaka jambu itu terus menumbuk muka si selebriti itu. Nampaknya si selebriti itu tidak dapat main wayang lebih-lebih apabila keinginannya itu tidak terbalas sebaliknya penumbuk pula yang dia dapat.

Apabila perkara ini terjadi, jejaka jambu tu tidak mahu tunggu lama-lama dia terus pindah tidur di bilik temannya yang lain. Maka tinggallah selebriti itu seorang diri. Itulah lain kali jangan sangka semua lelaki sama saja, tengok tak pasal-pasal muka awak dah lebam. Lain kali beringat sikit sebelum nak buat sebarang perkara yang tidak elok. Cuba-cubalah kawal sikit nafsu serakah yang tak membawa kebaikan langsung.

-from an email-

* * * * * * *

HAAAAAAAAAHAHAHAHAHHAHAHHAHA!!! OH GOD THIS IS HILARIOUS!!! Sapa tau nama artis yang kena tumbuk nih??

2 Comments on Selebriti cium rakan sejenis dibalas penumbuk

Leave a Reply