From Harian Metro
Rumah wanita kurung Nurin

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Polis percaya rumah didiami wanita Indonesia di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, yang ditahan malam kelmarin, pernah dijadikan tempat untuk mengurung dan menyembunyikan Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Difahamkan, mangsa yang diculik di pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju pada 20 Ogos lalu dilarikan wanita itu ke lokasi terbabit sebelum dibunuh dan mayatnya ditinggalkan di Jalan PJS1, Petaling Jaya, dekat sini, 17 September lalu.

Sumber polis berkata, alamat rumah terbabit hanya akan diperoleh selepas wanita yang ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu dapat memberi maklumat kepada polis.

Bagaimanapun, setakat ini, dia dikatakan sukar memberi kerjasama dan beberapa kali pengsan seperti yang dilakukannya ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, kelmarin.

“Tidak dapat dipastikan sama ada wanita terbabit hanya berhelah bagi mengelak disoal siasat polis.

“Petugas perubatan sedang memeriksa keadaannya untuk membolehkan dia disoal siasat. Kami percaya dia mempunyai maklumat pembunuhan Nurin Jazlin, malah mengenali suspek utama yang ditahan,” katanya.

Menurut sumber itu, wanita terbabit yang menjadi jurujual pakaian di sebuah pasar raya besar, dipercayai mempunyai hubungan dengan suspek utama yang ditahan bersama tiga lagi lelaki, termasuk abang iparnya berusia 27 dan 33 tahun dalam tiga serbuan berasingan di Shah Alam, baru-baru ini.

Siasatan awal menunjukkan wanita terbabit tinggal berseorangan di rumah sewanya di Bandar Baru Nilai tetapi sering dikunjungi beberapa lelaki.

Namun, tidak dipastikan sama ada lelaki terbabit, termasuk suspek utama kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Maklumat yang bakal dikutip di rumah wanita itu dijangka dapat memudahkan siasatan kes itu.

Kelmarin, polis menahan wanita Indonesia berusia 23 tahun itu di sebuah pasar raya besar di Bandar Baru Nilai, dipercayai bersubahat mengurung murid tahun dua itu.

Suspek juga dipercayai menjaga makan minum Nurin Jazlin sepanjang tempoh kehilangannya selama 27 hari.

Akhbar melaporkan ketika ditahan, wanita itu menelan sekeping kad SIM (modul pengenalan pelanggan) telefon bimbit dipercayai digunakan untuk menghubungi keluarga mangsa bertujuan menghapuskan bukti.

“Usaha mengeluarkan kad SIM telefon bimbit itu sedang dilakukan petugas perubatan. Kami mahu mendapatkan kad itu bagi membantu siasatan kerana nombor itu dipercayai digunakannya untuk menghubungi bapa mangsa sebelum ini.

“Sebaik proses ini berjaya, wanita terbabit akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk ujian DNA,” katanya.

Sementara itu, sumber itu berkata, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka memperoleh hasil analisis imej wanita dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi beg berisi mayat Nurin Jazlin ditemui dalam minggu ini.

Salinan imej berkenaan sedang dianalisis di Makmal Forensik Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Washington DC ketika ini bagi mendapatkan gambaran lebih jelas bagi menentukan imej terbabit wanita sama yang ditahan kelmarin.

“Hasil ujian terhadap tiga helaian rambut yang ditemui pada mayat Nurin juga akan dapat diketahui dalam minggu ini. Ia dilakukan Jabatan Kimia bagi menentukan sama ada milik mangsa atau pembunuhnya,” katanya.

From NST
Nurin murder probe: Search for hideout as suspect keeps mum

By Alang Bendahara and Fadhal Ilahi Ab Ghani

01 October, 2007
KUALA LUMPUR: Where was Nurin held captive? Police are trying to get the answer from one of the suspected captors, but the 23-year-old Indonesian woman is not talking. The woman was picked up in Nilai on Saturday in connection with the Aug 20 kidnapping of 8-year-old Nurin Jazlin Jazimin from a pasar malam in Wangsa Maju.

Police believe she is the woman, captured by a closed-circuit television camera, sitting next to the sports bag Nurin was found in on Sept 17.

According to a source, the woman is not co-operating with police. She feigns sleep and pretends to faint when police try to question her.

Police believe her “playacting” began outside the Petaling Jaya magistrate’s court on Saturday, where she “fainted” and had to be carried into the building.

After being remanded for seven days, she was taken to the Universiti Malaya Medical Centre where police are hoping to have the subscriber identity module (SIM) card she swallowed at the time of her arrest, flushed out. At press time they were yet to succeed.

Police believe she used the SIM card, and another four found on her, to call and text police, taunting them for not being able to find Nurin. She is also said to have contacted Nurin’s parents, telling them their daughter was with her.

Police are narrowing their search to Nilai where the woman lives. They believe Nurin was held not far from a hypermarket where the woman works as a sales assistant. The woman was apparently responsible for feeding Nurin.

The woman is the fifth person in custody in the sexual assault and murder of the girl. Four men are in remand after their arrest in Shah Alam on Friday. One of them, the Indonesian woman’s boyfriend, gave police information leading to her arrest.

Police hope to find Nurin’s white blouse, slippers and the ropes used to bind her.

The CCTV images have been sent to the Federal Bureau of Investigation in the US for enhancement and are expected to be out this week, as are the results of DNA tests on strands of hair found in the bag.

Nurin’s father Jazimin Abdul Jalil said he did not know the Indonesian woman, nor did he recall receiving text messages she was said to have sent the family.

Leave a Reply