Ehm..bukan ni bulan puasa ke…errrmm…tokleh buat nakal kan..?
Got this from the usual place.

LANGKAWI:
Anak perempuan kepada seorang pelakon dan pengacara televisyen dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki bukan Islam di sebuah kondominium di pekan Kuah di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 27 tahun yang berasal dari Kota Damansara, Selangor itu ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) pada jam 6.15 pagi di rumah sewanya itu.

Sumber Padal berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sebelum menjalankan pemeriksaan ke atas rumah berkenaan kira-kira jam 5 pagi.

Katanya, penguat kuasa Padal mendapati keadaan dalam dan luar rumah itu gelap serta pintu berkunci dari dalam.

Beliau berkata, anggota penguat kuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali tetapi tidak dibuka sesiapa.

Ketika itu, kami ternampak kelibat seorang lelaki yang keluar melalui tingkap di tingkat bawah dan cuba melarikan diri tetapi gagal apabila berjaya ditahan anggota kami yang turut disertai seorang anggota polis.

“Selepas disoal, lelaki itu didapati bukan Islam berusia 21 tahun yang berasal dari pulau ini dan hanya berbaju-T dan berseluar pendek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber berkata, anggotanya mengarahkan lelaki itu supaya menghubungi wanita berkenaan yang masih berada di dalam rumah itu.

Katanya, selepas menunggu hampir 45 minit, pihaknya terpaksa mengumpil pintu rumah berkenaan selepas mendapat waran geledah dari mahkamah berikutan wanita itu enggan membuka pintu.

Selepas pintu dibuka, wanita yang memakai baju-T dan berseluar panjang itu berpura-pura terkejut melihat kehadiran penguat kuasa serta anggota polis.

“Wanita itu memberi alasan tinggal di rumah itu bersama seorang lagi rakannya dan mendakwa pasangannya itu tinggal di rumah lain sedangkan hasil siasatan mendapati pasangan itu tinggal serumah sejak dua bulan lalu.

“Wanita itu bekerja sebagai pengurus kelab malam di sebuah hotel di Tanjung Rhu dan mengenali pasangannya itu sejak mula bekerja, dua bulan lalu.

“Dia kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut manakala pasangannya pula dibebaskan kerana bukan Islam,” katanya.

Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 9(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dia akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Langkawi pada 24 September ini.

6 Comments on Uh oh.. kantoi..

  1. i think u got it WRONG Shah… the authority memang ada right to break into private premises armed with reasonable suspicions… and that is not against Islam…

  2. ajaran agama mana yang kau quote tu Shah??Islam Hadhari ker??? Lain kali aku gi rumah kau .. main ngan adik, atau kakak kau, atau bini kau, atau mak kau … dalam rumahnya …its between me and the God !!!

  3. both sides are doing things against Islamic teachings.the Prophet has already said that whatever is done in a person’s own home, is between that person(s) and God.no one else has the write to break into the house and arrest them.ish, ish, ish…

Leave a Reply