I was surfing the net and happened to land on this guy’s Fotopage. He stays in the UK and constantly updates his page with great photos. Anyway, one of his entries got me laughing my head off, check it out:-

Gelek Gerudi.Snowcap.Tudung Bienda.
Khas buat makcik-makcik dan kakak-kakak sekalian. Business tari menari hanyalah angan-angan sahaja. Apa kejadahnya saya hendak bergelek-gerudi pula? Punggung saya tidak ada isi. Lagipun tidak mungkin nenek dan ibu saya akan membenarkan cucu lelaki serta anak lelaki kesayangan mereka ini bergelek gerudi tanpa sebab. Telah lama saya tidak ke bandar. Kali terakhir ke bandar saya singgah sebentar di Kedai Great Outdoor. Hendak membeli snowcap baru kerana yang lama telah hilang. Tambahan pula musim sejuk sudah hendak bermula ketika itu. Brother kedai tersebut kelihatan sedikit khayal seperti baru menghisap paip hasish sambil mendengar lagu Bob Marley. Dia bertanya kepada saya “Yo yo, nak snowcap macam mana bro?”. Dengan tenang saya menjawab, “Snowcap Bienda. Ada tak? Yo yo.” Terpaku, dia bertanya saya kembali, “Bienda tu apa? (what the f*** is Bienda?) Yo yo”

Bingung dan sedikit marah, saya memberitahu brother kedai itu dengan nada serious, “Weh, cukup lah dengan lu punya yo yo bro. Lu dengar sini bro, apa tujuan lu bukak kedai fesyen outdoor kalau Bienda pun lu tidak kenal bro? Sedih lah ini macam. Pernah pergi Malaysia tak?” “Tidak pernah” jawab brother kedai. Saya sambung “Bienda adalah model ikutan ramai di Malaysia ok? Beliaulah yang mencipta tudung yang menutup kepala ala-ala bandana dengan dua bahagian tudung boleh ditarik ke hadapan untuk diletakkan di atas bahu kiri dan kanan. Tudung tersebut juga mesti dikenakan dengan baju yang ketat. Ramai makcik-makcik sekarang ini terasa diri mereka cantik anggun bergaya dengan tudung tersebut kerana mereka boleh menunjukkan leher mereka. Mengalahkan gadis-gadis remaja pula. Faham ke tak bro dengan fesyen pelik Malaysia ni?”

“Ok, gua faham. Tapi apa kejadahnya lu pun nak pakai macam itu? Itu kan untuk perempuan.” tanya brother kedai itu lagi. “Saya cakap saya hendak snowcap macam Bienda, bukan tudung macam Bienda bro. Saya pun nak mengikut fesyen masa kini dengan memakai snowcap Bienda bersama-sama jaket hjiau dan seluar trek kegemaran saya sambil mendengar lagu Radiohead.” Lalu brother itu pun memberi snowcap Bienda yang berwarna merah-jingga kepada saya. Saya membayar 29.99 euro untuk snowcap itu dan mengucapkan selamat tinggal kepada brother kedai. “Snowcap Bienda pun snowcap Bienda la bro, lu jangan pakai baju ketat-ketat sangat sudah ok? Rock & roll, chow.” pesan brother kedai itu ketika saya melangkah keluar.

Leave a Reply