In memories….1963 – 2006

Do you all still remember Hani Mohsin? I’m sure you do. I’ve always been a fan of Hani Mohsin even though I never caught much of his movies or dramas. But I remember him very well for his role in Jimi Asmara.

When news that he had passed on reached me, I was extremely shocked. He was a great man with great talent and one of the greatest dad’s anyone could ever read about. Even though he had parted ways with his wife, he always remained friends and tried his best to be there for his daughter who loved him dearly.

I read today that before he passed away, he was in a relationship with a young lady called Rabecca Nur.

How far it is true, only the individuals involved would know..but it’s nice to know that in his last living days, he had someone who made him happy…

* * * * * * *

Batik Terengganu hadiah terakhir
Oleh Zubir Mohd Yunus | Foto Tun Izhar Tun Ishak

GARA-GARA tersiarnya gosip dalam Bintang Popular minggu lalu, ramai tertanya-tanya siapakah artis baru yang dikatakan menjadi kekasih terakhir Allahyarham Hani Mohsin

BUKAN mudah memujuk Rabecca Nur membuka mulutnya bercerita mengenai pengalaman serta saat manisnya bersama Allahyarham Hani Mohsin, dua minggu sebelum beliau meninggal dunia. Rabecca seorang gadis yang kuat menyimpan rahsia terutama kisah yang membabitkan hal peribadinya.

Penulis sendiri tidak tahu selama ini Rabecca rupanya menjalin perhubungan akrab dengan Mohsin sehinggalah mendapat panggilan daripadanya pada hari Allahyarham meninggal dunia. Rabecca membuat pengakuan hasratnya menyemai benih cinta bersama Mohsin akhirnya tidak kesampaian.

Rabecca memberitahu, dia mengenali Mohsin beberapa bulan lalu, namun hubungan mereka semakin serius sejak dua bulan kebelakangan. Pada awal perkenalan mereka, Rabecca dan Mohsin sering terserempak di sekitar Ampang Point, Kuala Lumpur, namun ketika itu Mohsin hanya memerhatikan Rabeca dari jauh saja.

Sehinggalah suatu hari ketika Rabecca bersama keluarganya yang baru selesai menonton wayang di KLCC, mereka terserempak pula dengan Mohsin bersama puteri kesayangannya, Hani Karmila, 9.

“Karmila menghampiri saya dan memberitahu, papanya (Mohsin) hendak berjumpa dengan saya. Akhirnya, Abang Mohsin secara gentleman datang menemui saya walaupun ketika itu saya bersama keluarga. Kami bertukar-tukar nombor telefon dan mulai saat itu kami berkawan baik.

“Dari kawan biasa, hubungan kami akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Tapi, Abang Mohsin pernah menyuarakan hasratnya kepada saya, jika inginkan hubungan kami berterusan, dia tidak suka saya bergiat aktif dalam bidang seni dan lebih senang jika saya meneruskan perniagaan keluarga iaitu insurans.

“Justeru, saya berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan hubungan kami atau memilih bidang seni. Sebab itu, saya merahsiakan perhubungan kami termasuklah kepada teman rapat, yang tahu saya berkawan dengan Abang Mohsin hanyalah mama saya.

“Tapi, belum sempat saya memberikan jawapan kapada Abang Mohsin, dia sudah pergi selama-lamanya,” kata Rabecca yang ketika menerima berita sedih itu dia berada di Johor Bahru atas urusan keluarga.

Sebaik menerima berita kematian Mohsin, Rabecca pengsan kira-kira 20 minit dan apabila tersedar, dia mengambil pesawat kembali ke Kuala Lumpur.

Menceritakan perubahan yang berlaku pada diri arwah dua minggu sebelum kematiannya, Rabecca memberitahu, sejak kebelakangan mereka bertemu, arwah pasti menghadiahkannya bunga atau cokelat.

“Arwah berhasrat menghadiahkan saya dua helai kain batik yang dibelinya dari Terengganu. Tapi, saya terlupa membawa balik kain itu kerana tertinggal di dalam kereta arwah. Namun, atas pertolongan bekas isteri arwah, Datin Seri Tiara, kain berkenaan sudah saya perolehi.

“Dalam satu insiden lain, arwah pernah menekan brek kereta secara mengejut kerana hampir terlanggar lori di depan kami. Dengan spontan Abang Mohsin kata, `Ya Allah, nasib baik kita tak pergi sama-sama!’ Saya terkejut kenapa arwah cakap begitu.

“Apabila sampai di rumah, lazimnya arwah akan menghantar saya di depan pintu, tapi hari itu dia mengadu dia penat dan minta saya naik ke rumah sendiri. Tapi, akhirnya arwah naik juga ke rumah saya. Selepas bersalaman dengannya, tiba-tiba arwah memanggil saya untuk bersalam lagi, katanya salam terakhir.

“Rupa-rupanya itulah salam terakhir saya bersama arwah. Malah Abang Mohsin pernah memberitahu saya, kalau dia mati, biarlah di sisi Karmila…” katanya yang mengakui Tiara mengetahui hubungannya dengan Mohsin apabila Karmila sering menceritakan perihal dirinya kepada Tiara.

Rabecca juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tiara kerana di atas pertolongannya, dia sempat menatap wajah Mohsin sebelum dikebumikan. Salah satu SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) Tiara kepada Rabecca: “Thank you for making him (Mohsin) happy. Rabecca, at least he had some happy moments.”

1 Comment on Kekasih Terakhir Hani Mohsin

  1. Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre < HREF="http://camisetapersonalizada.blogspot.com" REL="nofollow">camisetas personalizadas<>, mostra passo a passo como criar uma < HREF="http://camisetapersonalizada.blogspot.com" REL="nofollow">camiseta personalizada<> bem maneira. Se você quiser linkar meu blog no seu eu ficaria agradecido, até mais e sucesso.(If you speak English can see the < HREF="http://google.com/translate_c?hl=pt-BR&langpair=pt|en&u=http://camisetapersonalizada.blogspot.com" REL="nofollow">version in English of the Camiseta Personalizada<>.If he will be possible add my blog in your blogroll I thankful, bye friend).< HREF="5151452412" REL="nofollow"><>

Leave a Reply